Monthly Archives: October 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan SMKSR 6/2011

Latihan Dalam Perkhidmatan SMKSR 6/2011 diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 29 Oktober 2011
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang.
Tempat: Makmal Komputer SMKSR

Pengisian:
1. Taklimat “Memperkasa Pengurusan Sekolah Secara Strategik”, oleh En. Mat Nor Bin Md. Dan (Pengetua)
2. Taklimat “ThinkQuest”, oleh En. Jainal Bin Mohd. Noh.
3. Bengkel
4. Pembentangan

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKSR 2011

Selasa, 25 Oktober – Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Sungai Rambai, Melaka telah dirasmikan oleh YB Datuk Hasan Bin Abd. Rahman, ADUN Sungai Rambai di Dewan SMKSR. Matlamat majlis ini diadakan adalah murid dapat memantapkan dan mengembangkan bakat dan minat yang ada demi kejayaan masa depan berdasarkan persekitaran yang wujud di SMKSR dengan adanya penghargaan dari pihak sekolah.

Antara anugerah yang disampaikan dalam majlis tersebut ialah Anugerah Cemerlang SPM & PMR 2010, Anugerah Cemerlang Percubaan SPM & PMR 2011, Pelajar Terbaik 2011, Anugerah Panitia Terbaik, Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan Anugerah Cemerlang HEM.

Dalam majlis tersebut juga, Tokoh Murid SMKSR 2011 dianugerahkan kepada Nur Haziqqah Bt Md Sani (5 Sains) yang merupakan Ketua Pelajar SMKSR 2011.

Hari Kantin & Kokurikulum SMKSR

Selasa, 25 Oktober – SMK Sungai Rambai mengadakan Hari Kantin & Kokurikulum di Dataran Insaniah, SMKSR. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jualan makanan, minuman & cenderahati, pertandingan kawad kaki unit beruniform dan pertandingan gerai.

Terdapat 16 buah gerai yang dibuka dan secara automatik mengambil bahagian dalam pertandingan gerai. Manakala dalam pertandingan kawad kaki, sebanyak 4 pasukan yang mengambil bahagian. Antara pasukan yang terlibat adalah Pasukan Kadet Polis, Persatuan Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Bomba.


Pelajar-pelajar 5 Sains kelihatan gembira di hadapan Gerai 5 Sains.


Guru-guru SMKSR sedang menikmati sarapan pagi yang dibeli dari gerai yang berhampiran.


Pasukan Kadet Bomba mempersembahan kawad kaki dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform

Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Negeri Melaka 2011

Pasukan KRS SMK Sungai Rambai telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Negeri Melaka di MITC Melaka pada 5 Mei 2011. Pasukan ini terpilih menyertai pertandingan tersebut kerana telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Daerah Jasin yang diadakan di SBPI Selandar, Jasin pada 9 April 2011.

Selamat Bersara Cik Low Kwi Lim