Category Archives: Makanan sihat

Jarum Tujuh Bilah

Jarum Tujuh Bilah

Nama Botani: Pereskia sacharosa

Kegunaan:
Bertindak sebagai antioksidan, membantu merawat penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan lain-lain lagi.

Kaedah:
Pucuk daun dimakan (sebagai ulam) bersama sambal belacan. Rasanya lemak-lemak manis, rangup dan sedikit berlendir.

Pegaga

Pegaga

Nama Botani: Centella asiatica (Linn.) Urban

Kegunaan:
Membantu merawat pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, luka, kudis, keputihan, buasir, batu karang dan banyak lagi.

Kaedah:
Boleh dimakan mentah atau dicelur, dan dimakan bersama sambal belacan.

Pokok Misai Kucing

Nama Saintifik: orthosiphon staminens
Nama Keluarga: limiaceae

Pokok ini mempunyai bunga filamen panjang yang berwarna putih kebiru-biruan.

Kegunaan:
1. Berkesan untuk merawat penyakit buah pinggang, gout, diabetis dan hipertensi.
2. Merawat penyakit pundi kencing dan ginjal.

Pokok Jarum Tujuh Bilah

Nama Saintifik: pareskia saecnarosa
Nama Keluarga:
Nama Tempatan: Pokok jarum tujuh bilah

Daun pokok ini boleh dijadikan ulam dan agak berlendir tetapi tidak pahit.

Kegunaan:
1. Merawat barah usus dan hidung;
2. Mampu mencegah kanser;
3. Meredakan gout;
4. Mengurangkan sakit kepala;
5. Melegakan lenguh-lenguh badan.

Daun Kesum

Nama Saintifik: polysonum minus huds
Keluarga: polygonaceae

Kegunaan:
1. Sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan seperti asam pedas dan laksa.
2. Perubatan
(a) Perut tidak hadam – daun direbus dan air rebusan diminum.
(b) Kelemumur – daun kesum ditumbuk dan diperah (tambah sedikit air). Gosokkan ke kulit kepala dan biarkan 3 – 5 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Pokok Sambung Nyawa


Nama Saintifik: Gynura procumbens
Nama Tempatan: Sambung Nyawa, Leaves of the God, Daun Dewa, Googolipid, Mollucan Spinach, Bai Bing Cai, Kelemai Merah, Akar Sebiak, Seribu Dinar.

Sabung nyawa merupakan tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat. Boleh dimakan dan biasanya dijadikan sebagai ulam.

Kegunaan:
1. Mengurangkan kadar kolestrol;
2. Menurunkan tekanan darah tinggi
3. Merawat sembelit;
4. Merawat kencing manis;
5. Merawat kanser;
6. Merawat masalah buah pinggang.

Sumber http://fazlisyam.com/2007/10/04/sambung-nyawa/

MatSa


MATSA merupakan rumusan pemakanan berasaskan sains Homeopati yang berperanan merangsang aktiviti hemisfera kiri otak, terutamanya yang terlibat dengan proses pemikiran Matematik dan Sains.

Peraturan pemakanan*:
Dikemam dalam mulut 1 biji sekali
Minggu 1: 1 biji pagi dan 1 biji malam
Minggu 2: TIDAK MAKAN
Minggu 3: 1 biji setiap malam
Minggu 4: TIDAK MAKAN
Minggu 5 dan seterusnya: 1 biji seminggu

*Diambil bersama EXAMO-CKM500

Madu Lebah

Fiman Allah SWT di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl (Ayat 68 – 69) yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang di gunung, di pohon serta tempat-tempat yang dibangun manusia. Kemudian makanlah segala macam buah-buahan, dan tempuhlah hidupmu dengan mudah.” Dari perut lebah itu keluar berbagai macam minuman yang beraneka warna sebagai penawar bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda kekuasan Allah bagi orang yang mahu berfikir.

Madu adalah makanan yang mulia. Menurut Abdul Karim (1994: 180), madu adalah:
(a) makanan yang memberi tenaga
(b) makanan yang bersih
(c) makanan yang sedia untuk dihidangkan
(d) makanan istimewa bagi orang lemah dan sakit
(e) makanan yang disukai pinggang dan hati
(f) makanan yang terjamin khasiat dan keselamatan
(g) makanan yang digemari
(h) makanan asli
(i) mudah diperolehi
(j) makanan yang tidak busuk
(k) makanan yang mengenyangkan

Menurut satu kajian yang dilakukan di Perancis, 1 kg madu mempunyai tenaga yang sama dengan 3.5 kg daging atau 12 kg sayur-sayuran (Abdullah, 1998:69). Lebih 68 negara termasuk Malaysia, mengiktiraf dan mengakui keistimewaan dan keunikan lebah dan madu dalam memberi kesihatan kepada manusia.

Madu Khaula boleh didapati di:
1. Kedai Runcit Ust. Ku Othman, Plaza Likas Bangunan Mara
2. Kedai Stop & Shop, Ground Floor, KK Plaza.
3. Kedai Era Edar (Homeopati), Tingkat 1 Wisma MUIS.
4. Kedai Ubat Siddiq, Putatan (berhampiran dengan Servay).
5. Atau hubungi terus penulis melalui blog ini.

Maklumat lanjut, sila klik di sini.

Rujukan
Abdullah Al-Qari Hj. Salleh. 1998. Ensiklopedia: Rawatan Penyakit
Dengan Madu Lebah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Abdul Karim Najib al-Khatib (Dr). 1994. Rahsia Madu Lebah: Ubat Yang
Turun Bersama Wahyu. Batu Caves: Pustaka Ilmi.

Persoalan Berkaitan Madu Khaula (Sumber http://www.khaula.com.my)

1. Apa itu Madu Khaula?
Madu Khaula adalah madu asli yang diimport oleh Khaula Trading secara terus dari Republik Islam Iran. Khaula Trading memegang lesen pengedar tunggal untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara atas jenama KHAULA. Jenama KHAULA ini telah didaftarkan sebagai TM (Trademark) atau tanda perniagaan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

2. Adakah Madu Khaula ini benar-benar madu asli?
Ya, madu ini telah disahkan asli malah berkualiti Gred A hasil dari analisis dimakmal madu di Azarbaijan, Iran dan makmal UNIPEQ, UKM Malaysia. Madu Khaula dijamin mengandungi kandungan sukrosa kurang 5% dan kandungan lembapan kurang 20% dan nilai ini adalah mengatasi piawaian International Honey Comission (IHC) dan dikelaskan sebagai Madu Gred A. Pengusaha Madu Khaula, Sabalan Shahd Co, Azarbayjan, Iran memiliki proses kawalan mutu madu (Quality Control) yang ketat sebelum diizinkan untuk eksport ke luar negara seperti UK, Oman, Yaman, Arab Saudi dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pihak pengusaha ada menghantar sijil pengesahan analisis makmal setiap kali shipment Madu Khaula.

3. Apakah perbezaan antara Madu Khaula ini dengan lain-lain madu?
Madu ini mempunyai rasa yang harmonis, lembut, pekat dan mempunyai aroma tersendiri di mana dengan aroma dan rasanya itu, kanak-kanak sekalipun sukakannya. Di samping itu, madu ini dihasilkan oleh lebah-lebah yang dijinakkan di kawasan pergunungan yang mempunyai iklim 4 musim dan berbeza dari iklim di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun. Perbezaan iklim ini mempengaruhi jenis tumbuhan dan bunga yang tumbuh di mana lebah-lebah ini akan mengambil manisan mereka.

4. Bagaimanakah cara madu ini dibungkus/dipekkan?
Madu ini dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu yang mempunyai sarang lebah dan tanpa sarang lebah. Berat setiap botol adalah lebih kurang 1300g atau 1.3kg termasuk botol (berat botol 300g). Madu ini menjalani proses pensterilan dan pembekuan untuk mencegah bakteria semasa proses pembungkusan. Ia dijamin selamat dari bakteria.

5. Mengapa Madu Khaula ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?
Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan di tempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.

6. Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?
Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.

Sebenarnya fenomena ini berlaku kerana kelainan sifat madu antara Madu Khaula dan madu tempatan. Kandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan mendekati madu tempatan. Manakala Madu Khaula bersifat ‘tidak panas’ maka semut akan mendekati dan jika dicampur dengan telur maka telur juga tidak akan membeku di dalam Madu Khaula.

7. Apakah kelebihan Madu Khaula berbanding gula dalam bentuk lain?
a. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
b. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
c.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
d.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
e. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
f. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
g. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
h. Mudah didapati.
i. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.

8. Mengapakah Madu Khaula ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Khaula Trading juga telah menyediakan risalah berkenaan cara pemakanan Madu Khaula berdasarkan testimoni
pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.

9. Apakah kegunaan sarang lebah yang ada dalam Madu Khaula?
Khaula Trading memasarkan 2 bentuk madu. Salah satu mengandungi sarang lebah. Sarang lebah digunakan khusus untuk mengubati gangguan-gangguan tertentu pada saluran pernafasan. Ia baik bagi pengidap hidung tersumbat akibat alahan, sinusitis dan penyakit akibat gangguan saluran pernafasan. Ia bagus dikunyah begitu sahaja sebesar ibu jari sehingga sarang itu mengecil dan buangkan sisanya. Amalan pengambilan madu akan membantu pengidap penyakit tersebut menghirup udara segar melalui hidung dan bukan melalui mulut! Sila baca Buku DC Jarvis (MD), Bab 9 untuk maklumat lanjut.

Harga Madu Khaula:
1. Khaula As-Syiffa’ (Tanpa Sarang) RM 70.00
2. Khaula As-Syffa’ + At-Thorim (Bersarang) RM 75.00

Puasa & Madu Lebah

Antara makanan popular yang sering kita jamah sepanjang bulan Ramadan adalah buah kurma. Buah kurma memang banyak khasiatnya.

Satu lagi makanan/minuman yang patut kita jamah sepanjang Ramadan ini adalah madu lebah. Pengalaman saya minum madu semasa berpuasa memberi kelebihan kepada saya sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang berpuasa. Petuanya mudah sahaja. Minum madu 2 sudu besar semasa berbuka dan 2 sudu semasa bersahur. Kalau perlu, minum 2 sudu lagi sebelum tidur atau selepas solat tarawih. InsyaAllah, dengan izin Allah swt, anda akan bertenaga sepanjang berpuasa.

Apa yang penting, madu yang anda makan/minum itu adalah madu yang benar-benar asli. Hati-hati dengan madu lebah yang dijual di pasaran.

Cubalah petua yang saya kongsikan ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menunaikan amal ibadat kepada Allah swt dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Selamat mencuba…

KAJIAN TERHADAP AIR DAN KAITANNYA DENGAN MADU LEBAH

Sumber: Dr. Yusof (http://maduiran.tripod.com/id48.html)

Beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat satu kenyataan melalui sms yang berkaitan dengan satu kajian oleh Dr. Masaru Emoto yang sejak tahun 1999 telah menulis buku yang bertajuk ” message from the water” . Setakat ini beliau telah menulis sebanyak tiga buah buku berkenaan air. Kajian beliau terdapat di laman web: http://www.hado.net. Saya telah maklum akan kajian beliau ini kira-kira tiga tahun lepas. Buku-buku ini telah diterjemah ke dalam enam bahasa dan telah terjual ratusan ribu naskah. Kajian beliau terhadap contoh-contoh air dari pelbagai sumber di mana air tersebut telah di bekukan dan dikaji di bawah mikroskop serta gambar-gambar kristal air telah diambil dengan kamera khas. Laman web di atas juga ada menunjukkan kaedah kajian beliau dan contoh-contoh gambar kristal air yang terbentuk. Dari kajian beliau, didapati air memberi maklumat yang berbeza bila ia diberi stimulasi yang berbeza terhadap tulisan, suara, bunyi dan juga kontaminasi terhadap air tersebut. Stimulasi ini juga beliau namakan sebagai vibrasi.

Ada pihak dari Malaysia telah membuat beberapa kajian dengan Dr.M.Emoto, di mana gambar kristal air berubah menjadi teramat cantik bila perkataan bismillah dibacakan pada air tersebut, begitu juga bila beberapa ayat al Quran ditulis di bekas air. Saya juga difahamkan air zam-zam juga telah diuji, hasilnya, kristal terbentuk teramat cantik dan kukuh, ini diakui sendiri oleh Dr.M.Emoto. Sebelum ini, kajian yang beliau jalankan terhadap air yang sama akan berubah bila perkataan ” malaikat ‘ dan ‘hantu’ yang ditulis dalam bahasa Jepun. Kristal masih terbentuk pada tulisan malaikat, tetapi pada tulisan hantu, kristal akan terpecah dan di tengah-tengah kelihatan seperti api. Gambar-gambar kristal ini boleh anda dapati dari laman web di atas. Beliau telah banyak membuat stimulasi lain seperti muzik, perkataan yang baik, perkataan yang buruk terhadap banyak sampel air. Saya difahamkan, contoh air zam-zam telah diuji, kristal tidak berubah bentuk walaupun perkataan atau tulisan buruk seperti syaitan, hantu ditulis atau disebut.

Air memberi respon terhadap bahasa dan tulisan berbagai bangsa. Kita manusia tidak memahami bahasa dan tulisan Jepun, tetapi air dapat ‘memahami’. Ajaib?. Allah Maha Agung. Dr. M.Emoto juga ada membuat kenyataan, tubuh manusia terdiri dari 70% dari air, begitu juga air meliputi 70% dari dunia. Hado dalam bahasa Jepun bermakna vibrasi memberi kesan secara langsung kepada air di dalam tubuh manusia. Jika perkataan maki hamun, mencarut, tengking herdik yang selalu manusia terima, maka kata beliau, air di dalam badan manusia akan memberi respon yang tidak harmoni. Sebaliknya jika perkataan yang baik, maka air di dalam tubuh manusia akan harmoni. Beliau menyatakan seolah-olah air samada di luar dan di dalam tubuh manusia ‘mempunyai roh’ yang boleh memberi respon dengan stimulasi/vibrasi dari luar.

Saya yakin, bukan sahaja air yang boleh memberi respon terhadap stimulasi ini, malah setiap ciptaan Allah yang lain yang ada di muka bumi ini. Cuma Dr. M.Emoto dapat membuktikan secara saintifik terhadap air. Ciptaan Allah yang tidak bernyawa seperti tumbuhan, udara,api, tanah, batu bata sebenarnya sentiasa berzikir kepada penciptaNya yakni Allah. Bukan sahaja air di dalam badan manusia memberi respon , malah semua organ pada diri manusia. Cuba kita fikirkan air laut mematuhi perintah Allah dengan tidak merobohkan banyak masjid ketika kejadian tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu. Begitu juga laut merah terbelah dalam kisah Nabi Musa A.S, dan api tidak membakar Nabi Ibrahim A.S.

Dalam konteks air penawar yang dibaca ayat-ayat Al Quran untuk di jadikan ubat, sebagaimana pernah Rasulullah SAW lakukan, jika dilihat dari kajian di atas, saya yakin air yang dibaca dengan ayat-ayat Allah ini memberi respon yang harmoni. Saya pernah diberitahu, seorang pemimpin negara pernah memperlekehkan seorang ulamak yang terkenal dengan gelaran ‘ulamak jampi air’, bila mana pemimpin politik itu diberitahu akan kajian yang pernah di jalankan oleh Dr. M.Emoto ini, beliau mendiamkan diri dan mula berfikiran lebih terbuka.

Saya juga pernah terbaca satu artikel, seorang ibu yang setiap hari selama lebih dari sebulan menyuruh anaknya meminum sedikit air zam-zam, di mana anaknya yang memang di kenali sebagai pelajar dungu di sekolahnya, menjadi pelajar yang bijak dan kini sudah pun menjadi pensyarah bergelar doktor PhD. Begitulah peranan sumber minuman dan makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia. Jika yang diambil itu bersifat harmoni maka ia secara langsung akan memberi kesan kepada tubuh manusia.

Di dalam konteks air madu lebah pula, mari kita ulangi semula membaca permulaan ayat an-Nahl ayat 68, yang bermaksud ” Allah mewahyukan lebah…..”. Antara tafsiran ayat ini , jelas secara langsung Allah memberi ilham dan menyeru lebah untuk menghasilkan madu untuk kebaikan kepada manusia. Madu ialah minuman yang terdapat di syurga. Begitu tinggi nilai madu jika dibandingkan dengan air. Jika air dibuktikan memberi respon kepada stimulasi persekitaran, saya yakin madu berlebih-lebihlah lagi. Itulah sebabnya jika anda penjual madu, tidak minum madu, anda akan kurang berminat atau tidak mampu untuk mempromosi kepada orang lain untuk menghirup madu.

Begitu juga elok jika diingatkan kepada para pengguna supaya membaca selawat dan membaca bismillah sebelum menghirup madu. Madu juga ada ‘spiritual’ yang tersendiri. Ini adalah pengalaman saya sendiri, di mana selang sehari menghirup madu, ketika mana saya tidak minum madu, lidah saya seolah-olah terkunci untuk mempromosikan madu walaupun saya sedang merawat pesakit pengidap asthma yang teruk.

****************************************************************

GAMBAR-GAMBAR KRISTAL AIR

angeldevil[1] Air kiri dilabel “angel”, kanan dilabel “devil”

500people.jpg.w180h220[1] 500 orang mengucapkan cinta kepada air ini