Category Archives: Peperiksaan

Murid Cemerlang Matematik Ujian 1/2012

5 SAINS
1. AINUL FILZAH BINTI SHAHIDIN
2. AMIRA NAJIHA BINTI ABDUL RAZAK
3. HOW CHAR YI
4. LIM JUN XIAN
5. NG JIA YI
6. NOR ERMA BT SALIM
7. NUR AINA SYAHIRAH MOHD SUKERI
8. NUR IZZATY ANNIS BINTI SADLI
9. NUR ZAHIRAH BINTI MD LAZAM
10. NURUL SAIZATUL SHAZUA BINTI MOHD YUSUF
11. SITI AMINAH BINTI MD YUSOF
12. SITI MUZRIFFAH BT HAMDAN
13. SITINUR SHAUQIAH BINTI IZHAR
14. SUHADAH AFINA BINTI AZMAN
15. YEO WOEI DIH

Tingkatkan lagi usaha anda dan semoga sentiasa beroleh kejayaan yang cemerlang.

Keputusan PMR 2010

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Analisa keputusan PMR 2010 akan diumumkan pada hari Khamis, 23 Disember 2010 pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai jam 10.00 pagi. Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri kepada setiap calon berkenaan.

Seramai 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut seramai 446, 896 adalah calon daripada sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran. Jumlah Calon Swasta yang mendaftar ialah 14,756 orang. Calon Persendirian pula berjumlah 334 orang. Seramai 5,069 orang merupakan calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera. Sekolah Agama Rakyat mencatatkan jumlah calon seramai 1,250 orang calon manakala dari Sekolah Agama Tadbiran Kerajaan Negeri pula terdapat 11, 370 calon. Sebanyak 3, 499 pusat peperiksaan telah disediakan untuk peperiksaan ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Putrajaya.

15 Disember 2010

SPM 2010

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2010 kepada semua pelajar Maktab Sabah yang dikasihi. Semoga anda semua beroleh kejayaan dengan cemerlang ke arah menjadi anak/insan soleh dan solehah.

Jadual Terkini Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

Kepada semua pelajar tingkatan 4, adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan jadual peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Sila klik Jadual Terkini untuk mendapatkan jadual terkini. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Penilaian & Peperiksaan Maktab Sabah.

Kesulitan yang timbul amat dikesali dan diucapkan selamat menduduki peperiksaan.

UPSR kekal, PMR diganti penilaian sekolah mulai 2016: Muhyiddin

Sumber: Berita Harian Online (9 Oktober 2010)

SYDNEY: Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. “Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik. “Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

“Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Tingkatan 4

Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Tingkatan 4 (Excel 1) akan diadakan pada 25 Oktober 2010 hingga 09 November 2010.

Untuk mendapatkan jadual peperiksaan, sila klik Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Tingkatan Empat atau rujuk di papan kenyataan kelas anda atau papan kenyataan Unit Penilaian dan Peperiksaan Maktab Sabah.

Selamat menghadapi peperiksaan dan semoga sentiasa beroleh kecemerlangan.

Jawapan Excel II SPM 2010

Jawapan Mathematics Paper 2

Jawapan Additional Mathematics Paper 1

Jawapan Additional Mathematics Paper 2

Tugasan Semasa Cuti Hari Raya

Tugasan Mathematics

Tugasan Additional Mathematics

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Untuk mendapatkan jadual ini, sila klik Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Selamat membuat ulangkaji semasa cuti (Cuti Hari Raya Aidilfitri) dan semoga sentiasa cemerlang.

Jadual Ujian Setara 2/2010 Tingkatan 4

Untuk mendapatkan jadual ini, sila klik Jadual Ujian Setara 2Tingkatan 4