Category Archives: PTK

Pendaftaran PTK

Guru yang memperoleh aras III dalam PTK hanya dibenarkan menduduki peperiksaan berkenaan sebanyak dua kali sahaja. Manakala guru yang memperoleh aras I dan II dibenarkan menduduki PTK tanpa had.

Pada pandangan peribadi saya, syarat ini adalah tidak wajar dan tidak adil. Sepatutnya guru diberi peluang menduduki PTK tanpa had sehingga memperoleh aras IV dan diberikan anjakan gaji. Syarat terbaru ini perlulah dikaji semula dan dimansuhkan. Berikanlah peluang kepada guru-guru untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Dan pada masa yang sama mempunyai peluang memperoleh anjakan gaji (memperoleh aras IV). Insyaallah.

Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada NUTP kerana berusaha meminta JPA menggugurkan syarat ini.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan guru yang telah memperoleh aras IV dalam PTK yang diumumkan baru-baru ini. Kepada rakan yang belum memperoleh aras IV, teruskan perjuangan. Sama-samalah kita meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pembacaan, perbincangan atau pengalaman seharian. Insyaalah, suatu masa nanti kita akan berjaya.

Cubalah soalan-soalan PTK yang boleh dilayari melalui Soalan PTK atau klik pada Soalan PTK di ruangan Blogroll.

Petua Menghadapi PTK

1. Niat yang betul:
(a) sebagai ibadah;
(b) meningkatkan ilmu pengetahuan;
(c) meningkatkan prestasi kerja;
(d) peluang kenaikan pangkat;
(e) anjakan gaji.

2. Banyakkan membaca dan membuat latihan:
(a) beli buku yang berkaitan (5 – 6 buah buku);
(b) belajar berdasarkan sukatan yang disediakan;
(c) mula belajar/membaca sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum peperiksaan;
(d) buat refleksi terhadap jawapan kepada soalan yang telah dibuat.

3.  Jangan segan bertanya:
(a) buat kumpulan belajar;
(b) peluang berbincang

4.  Membaca soalan dan pilihan jawapan dengan teliti semasa peperiksaan:
(a) baca soalan dan pilihan jawapan berulang kali, buka minda dan jangan berfikiran sempit (gunakan pengalaman yang ada);
(b) pilih jawapan yang logik berdasarkan pengalaman dan pembacaan; (c) jangan gopoh dan jawablah dengan tenang dan yakin;
(d) gunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya.

5.  Banyakkan berdoa:
(a) berdoa untuk berjaya;
(b) elakkan berkata ‘saya akan gagal’;
(c) jangan mudah putus asa.