Latihan Dalam Perkhidmatan 4/2011 Siri 1 dan 2

Latihan Dalam Perkhidmatan 4/2011 SMK Sungai Rambai diadakan seperti ketetapan berikut:

Siri 1
Tarikh: 20 Julai 2011 (Rabu)
Masa: 2.30 – 4.30 petang
Tempat: Makmal Komputer SMKSR

Siri 2
Tarikh: 27 Julai 2011 (Rabu)
Masa: 2.30 – 4.30 petang
Tempat: Makmal Komputer SMKSR

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Matematik Tambahan

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Matematik Tambahan telah diadakan di SMK Tun Perak, Jasin, Melaka pada 19 Julai 2011. Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Jasin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada fasilitator yang telah banyak memberi bimbingan dan pendedahan berkaitan dengan teknik menjawab dan peraturan pemarkahan Matematik Tambahan. Semoga usaha seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Kerja Projek Matematik Tambahan 2011

Kepada pelajar SMKSR yang dikasihi, tugasan KPMT 2011 masih tidak dapat diupload dalam blog ini kerana ada sedikit masalah teknikal.

Sehubungan itu, tugasan akan diberikan pada minggu depan (30 Mei 2011) iaitu semasa kelas tambahan dijalankan di sekolah. Sila rujuk papan kenyataan kelas masing-masing. Tajuk tugasan KPMT 2011 adalah:
1. Minyak
2. Kek Perkahwinan
3. Taman

Kesulitan yang timbul amat dikesali dan diucapkan ribuan kemaafan.

Pokok Misai Kucing

Nama Saintifik: orthosiphon staminens
Nama Keluarga: limiaceae

Pokok ini mempunyai bunga filamen panjang yang berwarna putih kebiru-biruan.

Kegunaan:
1. Berkesan untuk merawat penyakit buah pinggang, gout, diabetis dan hipertensi.
2. Merawat penyakit pundi kencing dan ginjal.

Pokok Jarum Tujuh Bilah

Nama Saintifik: pareskia saecnarosa
Nama Keluarga:
Nama Tempatan: Pokok jarum tujuh bilah

Daun pokok ini boleh dijadikan ulam dan agak berlendir tetapi tidak pahit.

Kegunaan:
1. Merawat barah usus dan hidung;
2. Mampu mencegah kanser;
3. Meredakan gout;
4. Mengurangkan sakit kepala;
5. Melegakan lenguh-lenguh badan.

Daun Kesum

Nama Saintifik: polysonum minus huds
Keluarga: polygonaceae

Kegunaan:
1. Sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan seperti asam pedas dan laksa.
2. Perubatan
(a) Perut tidak hadam – daun direbus dan air rebusan diminum.
(b) Kelemumur – daun kesum ditumbuk dan diperah (tambah sedikit air). Gosokkan ke kulit kepala dan biarkan 3 – 5 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Pokok Sambung Nyawa


Nama Saintifik: Gynura procumbens
Nama Tempatan: Sambung Nyawa, Leaves of the God, Daun Dewa, Googolipid, Mollucan Spinach, Bai Bing Cai, Kelemai Merah, Akar Sebiak, Seribu Dinar.

Sabung nyawa merupakan tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat. Boleh dimakan dan biasanya dijadikan sebagai ulam.

Kegunaan:
1. Mengurangkan kadar kolestrol;
2. Menurunkan tekanan darah tinggi
3. Merawat sembelit;
4. Merawat kencing manis;
5. Merawat kanser;
6. Merawat masalah buah pinggang.

Sumber http://fazlisyam.com/2007/10/04/sambung-nyawa/