Budaya Lepak

Para pelajar yang dikasihi sekalian, tentu anda tidak berasa asing dengan budaya ini dan mungkin anda telah amalkan budaya ini sejak beberapa tahun yang lalu. Mungkin di Centre Point, Wisma Merdeka, Wisma MUIS, Kompleks Karamunsing atau yang terkini di One Borneo. Kepada yang tidak mengamalkannya, tahniah… anda memang seorang yang bijak.

Kepada yang mengamalkannya… baca betul-betul pesanan saya ini. Anda boleh lepak, contohnya di One Borneo, dari jam 6.00 pagi (selepas Subuh) hingga jam 12.00 tengah malam. Tapi dengan 4 syarat. Kalau syarat ini dipenuhi, anda memang bijak dan boleh melepak.

Syarat yang pertama, pastikan anda memberi salam kepada semua pengunjung yang datang. Juga, berikan salam kepada peniaga dalam One Borneo tersebut. Termasuk pengawal keselamatan dan cleaner .

Syarat yang kedua, anda mesti tegur sesiapa sahaja yang anda nampak melakukan kesalahan. Contohnya, yang dedah aurat, berpegang tangan (bukan muhrim), buat bising, meludah, pakai baju tak senonoh, pelajar sekolah yang ponteng, budak-budak yang merokok, dan macam-macam lagi kesalahan yang anda semua lebih tahu.

Syarat yang ketiga, sebaik sahaja masuk waktu solat, cepat-cepat bentangkan sejadah (surat khabar pun boleh) dan tunaikanlah solat dengan penuh kusyuk (pastikan ambil wuduk dulu).

Syarat yang keempat, pastikan anda ajak bapa dan ibu anda untuk sama-sama melepak. Kalau perlu, ajak sekali datuk dan nenek.

Kalau keempat-empat syarat ini anda dapat penuhi, saya yakin anda seorang yang bijak walaupun mengamalkan budaya lepak. Tapi kalau tak dapat penuhi, lebih baik BELAJAR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s