Peperiksaan Dah Berakhir… Merdeka!!!

ExamMungkin itulah laungan yang kerap kali kedengaran apabila pelajar selesai menghadapi peperiksaan. Tapi bukan semua. Dalam ramai-ramai yang melaungkan perkataan ‘merdeka’, masih terdapat pelajar yang berasa sedih kerana tidak dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan.

Tepat sekali. Dalam saya memeriksa kertas Matematik Tambahan kelas 4 Aman, rata-rata pelajar masih belum menguasai sepenuhnya isi kandungan mata pelajaran tersebut. Maksudnya, mereka belum merdeka lagi. Bukan sahaja pelajar, malah cikgu sendiri pun belum merdeka. Justeru, pelajar yang dikasihi sekalian, teruskan belajar. Walaupun peperiksaan dah berakhir, proses belajar sentiasa berterusan. Daripada tidak tahu, kepada tahu. Daripada tahu, kepada lebih tahu. Dan seterusnya…

Kepada pelajar 4A, 4K dan 5K, sila dapatkan tugasan matametik tambahan di ruangan TUGASAN sebagai tugasan semasa cuti pertengahan tahun nanti. Gunakanlah masa cuti nanti dengan perkara yang bermanfaat. Buat masa ini, tanggungjawab anda adalah belajar. Justeru, buatlah ulangkaji dan teruskan belajar agar menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

One response to “Peperiksaan Dah Berakhir… Merdeka!!!

  1. Joener [Dota]

    cikgu! gimana result kami?? ahaha! sory arh kalu result hangkang.. ehehehe!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s