Keputusan tolak PPSMI ‘beberapa minggu lagi’

Sumber: http://www.malaysiakini.com
Oleh Jimadie Shah Othman (malaysiakini) | May 26, 09 7:33pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dapat dibuat beberapa minggu lagi.

“Saya telah katakan, saya (berada) di peringkat yang akhir (membuat keputusan). Saya menerima banyak pandangan daripada pelbagai pihak mengenai kedudukan PPSMI. Dan masih lagi bersikap terbuka menerima pandangan pelbagai pihak yang lain.

“Dan dalam beberapa minggu yang akan datang ini, kita akan halusi. Dan saya akan membuat beberapa keputusan bagaimana kita hendak menangani isu yang berbangkit mengenai PPSMI,” katanya di Putrajaya selepas menerima kunjungan tujuh NGO utama Cina.

“Jadi, pandangan yang dikemukakan tadi saya ambil perhatian. Saya tidak kata bersetuju atau tidak bersetuju. Kita bersikap terbuka sehinggah kita buat keputusan.”

Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, dikunjungi pemimpin pendidikan Cina, diketuai Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong).

Dalam pertemuan dua jam itu, mereka turut menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan PPSMI, selain membangkitkan isu-isu berhubung pendidikan Cina.

Menurut memorandum tersebut, PPSMI antaranya memberikan kesan negatif kepada murid di semua sekolah rendah pelbagai aliran, termasuklah sekolah kebangsaan atau sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Tujuh badan itu juga mendakwa, kajian Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) pada 2005 dan 2006 pula mendapati, PPSMI menjejaskan penguasaan bahasa Cina kerana jumlah waktu pengajaran yang menggunakan pengantar bahasa Cina telah dikurangkan.

Mengulas lanjut, Muhydin berkata sebarang keputusan yang dibuat nanti memerlukan perancangan menyeluruh bagi dilaksanakan kerana ia melibatkan pelbagai sumber, infrastuktur dan bertujuan memuaskan hati pelbagai pihak.

Beliau menafikan pelbagai NGO terus memberikan tekanan kepada kerajaan bagi mempengaruhi keputusan yang akan dibuatnya nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s