KPLI 18 bulan

Sumber: Berita Harian Online 14 Jun 2009
Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my

Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum membentangkannya bagi tindakan kementerian.

“Paling awal pelaksanaan lanjutan tempoh pengajian itu adalah bagi pengambilan Januari 2010. Memang jika boleh nak dilaksanakan segera, tetapi untuk tahun ini amat mustahil kerana pengambilan akan datang adalah pada Julai tahun ini.

“Namun, berdasarkan penelitian serta mengambil kira pandangan semua pihak, BPG positif lanjutan tempoh itu perlu dilaksanakan dan mempunyai rasional kukuh. Cuma ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Mengenai desakan beberapa pihak supaya tempoh pengajian itu dipanjangkan kepada dua tahun, Misrah berkata, ia tidak relevan kerana terlalu mengambil masa bakal guru.
Katanya, jika tempoh KPLI terlalu lama, mungkin graduan tidak berminat dengan kerjaya perguruan kerana jangka masa sama sebenarnya mencukupi untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas dakwaan bahawa bidang perguruan menjadi tempat longgokan graduan menganggur, berkata sistem tapisan bakal guru bagi mengikuti KPLI cukup ketat.

Katanya, semua pemohon KPLI perlu lulus dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda sebelum dipanggil mengikuti ujian khas pemilihan guru.

“CGPA itu bukan kecil. Ini bermakna pemohon untuk KPLI terdiri di kalangan antara yang terbaik di universiti. Apabila menduduki ujian pula, banyak perkara boleh dinilai bagi melihat kesungguhan pemohon untuk menjadi guru.
“Jika melepasi ujian, ada pula peringkat ketiga iaitu temu duga yang membolehkan penemuduga menilai secara terperinci sahsiah dan karakter pemohon,” katanya.

Katanya, dakwaan itu mungkin berlaku satu ketika dulu kerana tapisan mengikuti KPLI tidak sebegitu ketat, namun dengan 80,000 permohonan tahun ini dan hanya 5,132 pengambilan, persaingan itu pasti sengit dan calon terpilih pastinya antara terbaik.

Pada masa sama, katanya, kementerian kini memperbanyakkan pengambilan guru untuk Program Sarjana Muda Perguruan yang bakal mengisi sehingga 6,200 tempat.


Pandangan Saya:

1. Saya bersetuju dengan cadangan ini. Tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan tempoh sedia ada kurang berkesan melahirkan guru berkualiti.

2. Tempoh yang sedia ada juga mampu melahirkan guru yang berkualiti, bergantung kepada komitmen dan tanggungjawab individu berkenaan dalam bidang pendidikan. Apa yang perlu kita sedar tempoh pengajian yang lebih panjang belum tentu menjamin melahirkan guru yang berkualiti.

3. Seperkara lagi, KPM seharusnya lebih fokus dan menjaga kebajikan bakal guru yang mengambil pengajian pendidikan di peringkat sarjana muda. Termasuk guru PJJ. Mereka inilah individu yang telah bersedia lebih awal dalam bidang pendidikan. Justeru, KPM seharusnya memberi galakkan secara total kepada mereka untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana atau PhD. Kita mengharapkan mereka akan menjadi guru yang berkualiti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s