KAJIAN TERHADAP AIR DAN KAITANNYA DENGAN MADU LEBAH

Sumber: Dr. Yusof (http://maduiran.tripod.com/id48.html)

Beberapa minggu yang lepas, saya ada membuat satu kenyataan melalui sms yang berkaitan dengan satu kajian oleh Dr. Masaru Emoto yang sejak tahun 1999 telah menulis buku yang bertajuk ” message from the water” . Setakat ini beliau telah menulis sebanyak tiga buah buku berkenaan air. Kajian beliau terdapat di laman web: http://www.hado.net. Saya telah maklum akan kajian beliau ini kira-kira tiga tahun lepas. Buku-buku ini telah diterjemah ke dalam enam bahasa dan telah terjual ratusan ribu naskah. Kajian beliau terhadap contoh-contoh air dari pelbagai sumber di mana air tersebut telah di bekukan dan dikaji di bawah mikroskop serta gambar-gambar kristal air telah diambil dengan kamera khas. Laman web di atas juga ada menunjukkan kaedah kajian beliau dan contoh-contoh gambar kristal air yang terbentuk. Dari kajian beliau, didapati air memberi maklumat yang berbeza bila ia diberi stimulasi yang berbeza terhadap tulisan, suara, bunyi dan juga kontaminasi terhadap air tersebut. Stimulasi ini juga beliau namakan sebagai vibrasi.

Ada pihak dari Malaysia telah membuat beberapa kajian dengan Dr.M.Emoto, di mana gambar kristal air berubah menjadi teramat cantik bila perkataan bismillah dibacakan pada air tersebut, begitu juga bila beberapa ayat al Quran ditulis di bekas air. Saya juga difahamkan air zam-zam juga telah diuji, hasilnya, kristal terbentuk teramat cantik dan kukuh, ini diakui sendiri oleh Dr.M.Emoto. Sebelum ini, kajian yang beliau jalankan terhadap air yang sama akan berubah bila perkataan ” malaikat ‘ dan ‘hantu’ yang ditulis dalam bahasa Jepun. Kristal masih terbentuk pada tulisan malaikat, tetapi pada tulisan hantu, kristal akan terpecah dan di tengah-tengah kelihatan seperti api. Gambar-gambar kristal ini boleh anda dapati dari laman web di atas. Beliau telah banyak membuat stimulasi lain seperti muzik, perkataan yang baik, perkataan yang buruk terhadap banyak sampel air. Saya difahamkan, contoh air zam-zam telah diuji, kristal tidak berubah bentuk walaupun perkataan atau tulisan buruk seperti syaitan, hantu ditulis atau disebut.

Air memberi respon terhadap bahasa dan tulisan berbagai bangsa. Kita manusia tidak memahami bahasa dan tulisan Jepun, tetapi air dapat ‘memahami’. Ajaib?. Allah Maha Agung. Dr. M.Emoto juga ada membuat kenyataan, tubuh manusia terdiri dari 70% dari air, begitu juga air meliputi 70% dari dunia. Hado dalam bahasa Jepun bermakna vibrasi memberi kesan secara langsung kepada air di dalam tubuh manusia. Jika perkataan maki hamun, mencarut, tengking herdik yang selalu manusia terima, maka kata beliau, air di dalam badan manusia akan memberi respon yang tidak harmoni. Sebaliknya jika perkataan yang baik, maka air di dalam tubuh manusia akan harmoni. Beliau menyatakan seolah-olah air samada di luar dan di dalam tubuh manusia ‘mempunyai roh’ yang boleh memberi respon dengan stimulasi/vibrasi dari luar.

Saya yakin, bukan sahaja air yang boleh memberi respon terhadap stimulasi ini, malah setiap ciptaan Allah yang lain yang ada di muka bumi ini. Cuma Dr. M.Emoto dapat membuktikan secara saintifik terhadap air. Ciptaan Allah yang tidak bernyawa seperti tumbuhan, udara,api, tanah, batu bata sebenarnya sentiasa berzikir kepada penciptaNya yakni Allah. Bukan sahaja air di dalam badan manusia memberi respon , malah semua organ pada diri manusia. Cuba kita fikirkan air laut mematuhi perintah Allah dengan tidak merobohkan banyak masjid ketika kejadian tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu. Begitu juga laut merah terbelah dalam kisah Nabi Musa A.S, dan api tidak membakar Nabi Ibrahim A.S.

Dalam konteks air penawar yang dibaca ayat-ayat Al Quran untuk di jadikan ubat, sebagaimana pernah Rasulullah SAW lakukan, jika dilihat dari kajian di atas, saya yakin air yang dibaca dengan ayat-ayat Allah ini memberi respon yang harmoni. Saya pernah diberitahu, seorang pemimpin negara pernah memperlekehkan seorang ulamak yang terkenal dengan gelaran ‘ulamak jampi air’, bila mana pemimpin politik itu diberitahu akan kajian yang pernah di jalankan oleh Dr. M.Emoto ini, beliau mendiamkan diri dan mula berfikiran lebih terbuka.

Saya juga pernah terbaca satu artikel, seorang ibu yang setiap hari selama lebih dari sebulan menyuruh anaknya meminum sedikit air zam-zam, di mana anaknya yang memang di kenali sebagai pelajar dungu di sekolahnya, menjadi pelajar yang bijak dan kini sudah pun menjadi pensyarah bergelar doktor PhD. Begitulah peranan sumber minuman dan makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia. Jika yang diambil itu bersifat harmoni maka ia secara langsung akan memberi kesan kepada tubuh manusia.

Di dalam konteks air madu lebah pula, mari kita ulangi semula membaca permulaan ayat an-Nahl ayat 68, yang bermaksud ” Allah mewahyukan lebah…..”. Antara tafsiran ayat ini , jelas secara langsung Allah memberi ilham dan menyeru lebah untuk menghasilkan madu untuk kebaikan kepada manusia. Madu ialah minuman yang terdapat di syurga. Begitu tinggi nilai madu jika dibandingkan dengan air. Jika air dibuktikan memberi respon kepada stimulasi persekitaran, saya yakin madu berlebih-lebihlah lagi. Itulah sebabnya jika anda penjual madu, tidak minum madu, anda akan kurang berminat atau tidak mampu untuk mempromosi kepada orang lain untuk menghirup madu.

Begitu juga elok jika diingatkan kepada para pengguna supaya membaca selawat dan membaca bismillah sebelum menghirup madu. Madu juga ada ‘spiritual’ yang tersendiri. Ini adalah pengalaman saya sendiri, di mana selang sehari menghirup madu, ketika mana saya tidak minum madu, lidah saya seolah-olah terkunci untuk mempromosikan madu walaupun saya sedang merawat pesakit pengidap asthma yang teruk.

****************************************************************

GAMBAR-GAMBAR KRISTAL AIR

angeldevil[1] Air kiri dilabel “angel”, kanan dilabel “devil”

500people.jpg.w180h220[1] 500 orang mengucapkan cinta kepada air ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s