Cerita remeh tentang bahasa

Sumber: Utusan Malaysia Online 22 Jun 2009 (Ruangan Rencana)

SAYA selalu membayangkan negara luar sama dengan negara kita. Maksudnya pelancong tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi kerana mereka semua akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai ‘bahasa dunia’ sebagaimana yang difahamkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Malah difahamkan juga bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, bahasa lain tidak ada ilmu. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Perancis iaitu kota raya Paris hampir sepuluh tahun lalu, seperti biasa saya akan merayap ke kedai-kedai buku yang tidak terlalu mewah. Tetapi beberapa kedai buku yang menjualkan karya-karya sastera dan falsafah semuanya dalam bahasa Perancis.

Apabila ditanya kepada wanita di kedai buku berkenaan, dia memberitahu hampir semua buku ilmu yang dijual di situ dalam bahasa Perancis. Ini termasuklah buku-buku yang diterjemah daripada bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain. Memang benar, banyak buku yang sebelum ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris sudah diterbitkan dalam versi Perancis. Hasil daripada perbualan singkat di kaunter bayaran, secara umumnya di Perancis, bahasa ilmu adalah bahasa kebangsaannya.

Tamadun bahasa dan kesusasteraan Perancis yang tinggi terus terpelihara apabila bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu. Walaupun buku-buku ilmu dalam bahasa lain, usaha menterjemah yang proaktif di Perancis membuatkan siapa yang membaca buku bahasa Perancis juga mendapat ilmu.

Walaupun percakapan di kaunter itu tidak boleh dijadikan bukti kukuh tentang kelestarian bahasa Perancis tetapi sekurang-kurang memberikan gambaran bagaimana sebuah negara memberi martabat kepada bahasa kebangsaannya. Semua perhubungan dalam bahasa Perancis dan pelancong ke Perancis rupa-rupanya sudah bersedia untuk mendepani masalah bahasa.

Perancis bukanlah sebuah negara mundur. Walaupun mungkin tidak semaju atau semoden Amerika Syarikat (AS) tetapi Perancis lebih jauh ke depan berbanding negara kita dalam banyak bidang. Banyak pula karya-karya sastera yang asalnya bahasa Perancis diterjemah kepada banyak bahasa termasuk bahasa Inggeris. Buku-buku yang sampai ke negara ini semua dalam bahasa Inggeris padahal kita boleh terjemah dalam bahasa Melayu. Cuma kita tidak melakukan kerana bagi kita bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu.

Begitu juga semasa menyeberangi sempadan Perancis – Itali di bandar kecil Sam Remo. Sekali lagi menghadapi masalah bahasa kerana mereka hanya bertutur bahasa Itali atau Perancis. Tertanya-tanya juga di mana kedudukan bahasa Inggeris?

Singgah ke Monte Carlo di Monaco, antara pusat perjudian yang hebat di dunia juga tidak banyak menggunakan bahasa Inggeris. Padahal kebanyakan yang kemaruk judi ke Monte Carlo adalah orang luar AS. Sekali lagi apabila ditanya kepada pelayan di pusat judi Monte Carlo tentang bahasa, katanya, walaupun mereka datang berjudi tetapi mereka menghormati bahasa tempatan yakni bahasa Perancis.

Di Perancis, Itali dan Monaco begitu menjulang bahasa Perancis kerana mereka tidak ada syarat lulus periksa, mesti lulus bahasa Inggeris. Mungkin juga mereka tidak mewajibkan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Anggaplah mereka mundur supaya dasar bahasa Inggeris kita tidak terjejas.

Pandangan Saya:
Kita perlu yakin bahawa bahasa kita iaitu Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Kita (rakyat Malaysia) perlu meletakkan bahasa kita pada tempat yang sepatutnya di negara ini. Kalau bukan kita, siapa lagi??? Jangan harap orang luar (terutama orang keturunan Inggeris) meletakkan Bahasa Melayu setanding dengan Bahasa Inggeris.

2 responses to “Cerita remeh tentang bahasa

  1. salam cikgu sin,

    bangsa yang berjiwa besar akan berbangga dengan nilai dan warisan mereka…..bangsa yang berjiwa kerdil akan berbangga dengan nilai yang ditinggalkan penjajah

    • Terima kasih ustaz. Moga bangsa Malaysia sama ada dalam kalangan pemimpin atau rakyat akan sentiasa berjiwa besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s