Laluan naik pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ‘istimewa’

Sumber: Utusan Malaysia Online (Ruangan FORUM) 23 Jun 2009

SURAT bertajuk ‘Antara Guru, Pegawai Kerajaan’ dalam ruangan ini pada 1 Jun lalu dirujuk.

Laluan Kerjaya yang disediakan oleh kerajaan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat adalah tersangat istimewa.

Terdapat sepuluh jenis Laluan Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang merangkumi Laluan Hakiki, Cemerlang dan Time-Based, yang memberi peluang dan pilihan kepada PPPS untuk memilih Laluan Kerjaya masing-masing dengan tepat, terbaik dan menguntungkan mengikut kelayakan yang dimiliki.

– Urusan Pengisian Jawatan Kenaikan Pangkat Tingkatan Enam

Bagi pengisian jawatan kenaikan pangkat gred DG44 di sekolah-sekolah Tingkatan Enam, di bawah fasa 1, calon-calon ditawarkan pemangkuan dan penempatan di sekolah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan mempunyai opsyen yang sesuai dengan pakej mata pelajaran Tingkatan Enam yang ditawarkan oleh sekolah berkenaan.

Mereka yang tidak dapat ditempatkan di sekolah asal kerana jawatan dan mata pelajaran yang diajar dan opsyen telah diisi penuh akan ditawarkan penempatan untuk mengisi kekosongan jawatan dan kekosongan pakej mata pelajaran di sekolah-sekolah lain yang berhampiran di daerah yang sama atau daerah lain di negeri yang sama.

Jika masih terdapat kekosongan setelah fasa 1 dan fasa 2 dilaksanakan, permohonan dibuka kepada calon-calon yang mempunyai opsyen Tingkatan Enam atau pengalaman mengajar mata pelajaran Tingkatan Enam sekurang-kurangnya tiga tahun bersesuaian dengan pakej mata pelajaran Tingkatan Enam di sekolah berkenaan.

Bagi pengisian jawatan kenaikan pangkat gred DG44, calon yang dipertimbangkan perlu memenuhi syarat tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Walau bagaimanapun bagi negeri-negeri yang mengalami masalah kekurangan calon, mereka yang mempunyai tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dipertimbangkan juga untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat Tingkatan Enam.

Walau bagaimanapun, mereka akan terus memangku gred DG44 sehingga layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44.

Manakala mereka yang memenuhi syarat tempoh berkhidmat lima tahun akan diperakukan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 setelah cukup tempoh memangku enam bulan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan.

– Urusan Pengisian Kuota Guru Cemerlang

Bagi urusan Guru Cemerlang, proses pemangkuan Guru Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 (KUP) hingga Gred DGA38 (KUP) serta PPPS Gred DG44 (KUP) hingga Gred Khas C (KUP) bermula daripada permohonan calon yang diperaku oleh Ketua Jabatan masing-masing kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Setelah pemantauan dan penilaian dilaksanakan oleh JNJK, senarai calon-calon yang layak akan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

Tapisan seterusnya dilakukan di peringkat BPSM dengan mengambil kira calon-calon yang masih belum dinaikkan pangkat secara KUP ataupun hakiki ke gred yang dipohon serta memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

Memandangkan proses pemangkuan Guru Cemerlang melibatkan pemantauan dan penilaian oleh JNJK, hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat akan dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan berdasarkan kekosongan kuota yang ada.

Bagi guru-guru yang telah memohon laluan Guru Cemerlang pada tahun 2007 dan 2008, jumlah yang telah ditawarkan pemangkuan Guru Cemerlang bagi semua gred kenaikan pangkat PPPS adalah seramai 4,801 orang PPPS dan seramai 2,476 orang PPPLD telah ditawarkan pemangkuan ke Gred DGA32 (KUP) dan Gred DGA34 (KUP).

Walau bagaimanapun, pada 16 Mei 2009, Menteri Pelajaran telah mengumumkan kuota Guru Cemerlang bagi PPPS yang juga telah diperluaskan kepada guru-guru Gred DG44 dan Gred DG48 di sekolah rendah.

Pewujudan kuota baru bagi Guru Cemerlang Gred DGA38 (KUP) serta pertambahan kuota bagi Gred DGA34 (KUP) dan DGA32 (KUP) di sekolah rendah telah diumumkan melalui media massa pada 22 Mei 2009.

Sehubungan itu, iklan bagi mengisi kekosongan kuota Guru Cemerlang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran Malaysia

Catatan Saya:
Kepada rakan guru yang dihormati, ambillah peluang ini. Moga kita semua akan menjadi guru yang berdedikasi dan sentiasa beroleh kejayaan. Tingkatkan kualiti tugas kita terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.

One response to “Laluan naik pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ‘istimewa’

  1. saya merupakan guru penolong kanan kokurikulum di sebuah sekolah gred A di Johor..saya masih lg DG 41…mcm mana utk sy dapatkan memangku DG 44…saya telah lulus 2 kali PTK…skrg sy tangga gaji sy P3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s