Jangan bawa telefon bimbit ke sekolah

Sumber: Utusan Malaysia Online 17/07/2009 6:11pm (Ruangan Terkini)

KUANTAN 17 Julai – Golongan pelajar dilarang daripada membawa telefon bimbit ke sekolah bagi mengelakkan sebarang perlakuan negatif mereka termasuk pergaduhan dirakam dan disebarkan di Internet.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, sehubungan itu kerajaan akan memperketatkan lagi peraturan sedia ada terutama dalam memastikan alat komunikasi itu tidak lagi dibawa ke sekolah. – Utusan.

ULASAN SAYA:
Sememangnya peraturan ini telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun masih terdapat dalam kalangan pelajar yang tidak mematuhinya. Alasan mereka mudah sahaja, senang menghubungi ibubapa. Malah terdapat dalam kalangan ibubapa yang membenarkan anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. Hal ini bukan sahaja melanggar peraturan sekolah, malah menambah dan membebankan tugas guru di sekolah. Justeru, dalam memperketatkan peraturan sedia ada, semua ibubapa diharap dapat memberikan kerjasama yang sepenunhya. Jadilah ibubapa contoh dan berikanlah nasihat yang baik kepada anak-anak.

One response to “Jangan bawa telefon bimbit ke sekolah

  1. chemamat@mail.com

    Nak larang terus tak boleh juga. Bagi saya boleh bawa HP ke sekolah bersyarat hanya HP biasa saja tiada kamera, tiada mp3, tiada radio dan lain2. Hanya boleh call, terima call dan SMS sahaja. Sesetengah ibu bapa amat perlu anak mereka membawa HP bagi memudahkan perhubungan, tak semua orang mempunyai masa yg senang, ada yang banyak masa, ada yg sedang2 masa dan ada yang tak ada masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s