Apakah juadah berbuka dan sahur anda?

Hari ini hari yang ke-9 umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Tentu dah banyak jenis makanan yang anda rasa sepanjang bulan Ramadan ini. Maklum sajalah… bazar Ramadan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Apakah juadah berbuka dan sahur anda? Kalau tanya saya… jawapannya mudah saja.

Berbuka: Kurma + Aprikot + air madu (suam)

Selepas solat Maghrib: Nasi putih + ikan kukus/ikan goreng + Sayur (sawi) rebus atau Spegetti Hailam Udang (resepi isteri saya) atau Nasi Ayam Kak Nong.

Selepas tarawih: Kopi O + Bun/roti sandwich atau air suam + buah-buahan

Sebelum tidur: Susu segar atau madu + air

Sahur: Teh tarik/ air madu + Roti sandwich (kosong) + Kurma + Aprikot

Seperkara lagi, saya tidak membeli makanan di bazar Ramadan. Tahun ini merupakan tahun yang ketiga saya tidak membeli di sana. Tak tahulah kenapa… tekak saya taknak. Pelik, kan? Tapi itulah hakikatnya.

Alhamdulillah, sehingga hari ini kesihatan saya baik dan sentiasa bertenaga. Sama-samalah kita berdoa agar kita sentiasa sihat walafiat. Kurus ke… gemuk ke… Apa yang penting kita sihat. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s