e-GTukar

Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Januari 2011 dijangka dikeluarkan mulai 15 November 2010.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2011.

Sumber: http://apps.emoe.gov.my/epgo/

Respon saya:
Kenapalah peruntukan elaun pertukaran tidak disediakan? Setahu saya, elaun tersebut layak dituntut. Mustahillah tiada guru berpindah. Kalau sudah tahu ada guru akan berpindah, pihak kerajaan perlu menyediakan peruntukan tersebut. Kalau tak mampu juga, BATALKAN saja Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 1995 dan gantikan dengan PP yang baru.

Yang peliknya, pengumuman ini bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh JPA (Kemaskini Terakhir: 30-08-2010 Portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA))(Sumber: http://www.jpa.gov.my/-lihat soalan lazim).

SOALAN
Adakah pegawai yang diluluskan bertukar atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan?

JAWAPAN
Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut:-

(a) telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan hidup susah; atau

(b) bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau

(c) atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau

(d) bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau

(e) atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai.

Semoga guru yang memohon bertukar akan diluluskan permohonannya dan bertugas dengan lebih bersemangat di tempat yang baru. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s