Keputusan PMR 2010

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Analisa keputusan PMR 2010 akan diumumkan pada hari Khamis, 23 Disember 2010 pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai jam 10.00 pagi. Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri kepada setiap calon berkenaan.

Seramai 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut seramai 446, 896 adalah calon daripada sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran. Jumlah Calon Swasta yang mendaftar ialah 14,756 orang. Calon Persendirian pula berjumlah 334 orang. Seramai 5,069 orang merupakan calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera. Sekolah Agama Rakyat mencatatkan jumlah calon seramai 1,250 orang calon manakala dari Sekolah Agama Tadbiran Kerajaan Negeri pula terdapat 11, 370 calon. Sebanyak 3, 499 pusat peperiksaan telah disediakan untuk peperiksaan ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Putrajaya.

15 Disember 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s