Monthly Archives: September 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 akan diadakan mulai 14 Oktober 2009 hingga 29 Oktober 2009.

Untuk mendapatkan jadual ini, sila klik di sini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1430H. Maaf zahir dan batin. Moga tahun depan kita bersua lagi dengan Ramadhan dan Syawal 1431H.

Antara sms yang saya terima sepanjang Syawal 1430H:

Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan, Ramadhan pasti meninggalkan kita. Sinar Syawal menjelang tiba… Yakinlah bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw adalah panduan hakiki dalam kehidupan kita. Maaf zahir dan batin (Daripada Ustaz Zulkifli & keluarga).

Selamat hari raya… Maaf zahir & batin.. Semoga berbahagia di hari yang mulia ini (Daripada Yunus & keluarga).

No greeting card to give… No sweet flowers to send… No cute graphics to forward… Just a LOVING HEART saying SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009 and MAAF ZAHIR DAN BATIN (From Hilary & family).

Selamat Hari Raya.
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam gurau senda, ada silap dan dosa..
Andai tersilap bahasa, ampun maaf dipinta.
(Daripada Linda & keluarga).

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

Peperiksaan akhir Tahun 2009 Tingkatan 4 dijangka akan bermula pada 5 Oktober hingga 15 Oktober 2009.

Sehubungan dengan itu, para pelajar yang terlibat dikehendaki membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Jadual peperiksaan akan dikeluarkan sebelum cuti hari raya aidilfitri.