Kesihatan

Kategori Pemakanan Saraf dan Otak

1. Neutrofilik
Kumpulan makanan yang diperlukan oleh otak untuk tenaga berfikir, pertumbuhan dan perkembangan minda, kesihatan dan pencegahan penyakit yang berkait dengan otak, fikiran dan perasaan.

Contoh makanan kumpulan ini adalah ikan, kekacang, bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, kismis, tamar, susu dan makanan daripada susu, ayam, gula semulajadi, koko dan coklat, belalang, marjerin sayuran, minyak sayuran, beras warna coklat, roti mil penuh, ubi kentang dan keledek, daging tanpa lemak, madu lebah, makanan laut yang mengandungi iodin, minyak ikan, telur dan Examo-CKM 500.

examo[1]EXAMO-CKM 500
EXAMO-CKM 500 merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Susu
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Susu mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Susu berkhasiat untuk merawat kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan (Majalah i-sihat).

Susu INTEL-LAC merupakan susu tepung bercoklat yang sesuai untuk para pelajar. Susu ini membekalkan zat untuk perkembangan intelek dan minda. Mengandungi protein, kalsium, magnesium dan zat besi untuk memberi tenaga, menguatkan tulang dan gigi, membaik pulih saraf dan otot lesu, serta memberi tumbesaran yang sempurna (Era Edar Marketing).
interlec[1]

2. Neurotoksik
Kumpulan makanan yang tidak diperlukan oleh otak kerana boleh menjadi racun kepada otak, minda dan fikiran serta menimbulkan kerosakan pada otak, menjejaskan fungsi berfikir dan melemahkan ingatan dan mengganggu perasaan.

Contoh makanan kumpulan ini adalah ais krim, air berklorin, cuka, asam dan jeruk, biji dan ulam pucuk gajus, biskut dan kek, buah pala, garam, gula, makanan junk, kopi dan teh, makanan alergi, makanan masak berminyak, rokok, dadah dan ubat dadah.

(Sumber: Pusat Perubatan Homeopati & Biokimia PDA)

Leave a comment